Thursday, 19 April 2012

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 AKIDAH – QADA’DAN QADAR ALLAH



PENGERTIAN QADA’ DAN QADAR
Beriman kepada qada’ dan qadar merupakan Rukun Iman yang keenam.
Qada’ ialah ketentuan sesuatu perkara sama ada yang telah berlaku atau akan berlaku yang ditetapkan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Qadar ialah pelaksanaan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk yang telah ditentukan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun.
Contoh : Mati pasti akan berlaku.
Firman Allah Taala bermaksud :
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq : Ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.
Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 

FAEDAH BERIMAH DENGAN QADA’ DAN QADAR ALLAH
  • ·         Redha Dengan Ketentuan Allah
  • ·         Iman Menjadi Teguh
  • ·         Sabar Atas Setiap Dugaan
  • ·         Mendapat Pahala


AKIBAT TIDAK BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR
  • ·         Mudah Berputus Asa
  • ·         Imah Menjadi Lemah
  • ·         Malas Berusaha
  • ·         Mendapat Dosa


Sememangnya sukar untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun, ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah untuk melihat sejauh mana keteguhan iman. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Sersikap redha dalam setiap ujian Allah dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita agar menyalahkan takdir, melakukan sesuatu di luar kawalan seperti membunuh diri dan sebagainya. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

16 comments: