BERSUCI
:
Membersihkan
tubuh badan, pakaian, dan persekitaran daripada najis dan hadas.
NAJIS:
Benda-benda
kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.
JENIS-JENIS
NAJIS
NAJIS
HUKMI
ERTI :
Najis yang tidak dapat dilihat zatnya.
CONTOH
: Air kencing yang sudah kering.
NAJIS
AINI
ERTI :
Najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering.
CONTOH
: Tahi dan darah.
BAHAGIAN-BAHAGIAN
NAJIS
NAJIS
MUKHAFFAFAH
- Najis
ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun
yang hanya menyusu susu ibunya.
NAJIS
MUTAWASSITAH
- Najis
sederhana seperti tahi, darah, arak.
NAJIS
MUGHALLAZAH
- Najis
berat iaitu anjing, babi dan keturunannya serta benda-benda yang terbit
daripada kedua-duanya.
ALAT-ALAT
BERSUCI
1 - AIR
MUTLAK
CONTOH : Air hujan, air paip, air perigi,
air mata air, air sungai, salji dan air embun.
2 - TANAH
3 - BENDA-BENDA
KESAT
CONTOH : Batu, kertas dan daun.
CARA-CARA
MENYUCIKAN NAJIS
NAJIS
MUKHAFFAFAH
- Lapkan najis dengan kain kering
- Renjiskan air mutlak ke atasnya
- Lap hingga kering
NAJIS
MUTAWASSITAH
- Buang najis itu
- Cuci tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya
NAJIS
MUGHALLAZAH
- Buang najis itu
- Cuci tempat yang terkena najis dengan air tanah
- Cuci dengan air mutlak sebanyak 6 kali hingga hilang warna, bau dan rasa
FAEDAH
BERSUCI
ü
Dikasihi oleh Allah
ü
Ibadah yang dilakukan diterima/sah
ü
Mendapat pahala
ü
Disukai rakan
ü
Badah menjadi bersih dan berbau harum
AKIBAT TIDAK BERSUCI
Ø Dimurkai oleh
Allah
Ø Ibadah yang
dilakukan ditolak/tidak sah
Ø Mendapat
dosa
Ø Dibenci
rakan
Ø Badan kotor
dan mudah mendapat penyakit
Jika
seseorang itu selepas mengerjakan solat, dia ternampak najis pada pakaiannya;
adakah wajib ia mengulangi solatnya?
Para
ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini;
1.
Ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie- menegaskan;
Batal solatnya dan wajib
diulangi kerana ia menunaikan solat dalam keadaan tidak memenuhi syarat sah
solat iaitu bersuci. walaupun sangkaannya semasa sedang solat bahawa dia bersih
daripada najis, maka sangkaan itu tidak dikira kerana telah terbukti salah.
Kaedah Fiqh menyebutkan; “Tidak diambil kira sangkaan yag telah ternyata
salahnya”.
2.
Menurut mazhab Imam Abu Hanifah;
Tidak batal solatnya jika najis
itu sedikit. Jika najis itu banyak, batallah solat dan wajib diulangi semula.
3.
Ada ulamak berpandangan;
Tidak batal solatnya sama ada
najis itu sedikit atau banyak. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Sa’id
al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Suatu hari kami mengerjakan
solat bersama Nabi S.A.W. Di tengah solat, Nabi menanggalkan dua kasutnya dan
meletaknya di sebelah kirinya. Melihat berbuatan Nabi itu, kami pun turut
melakukannya. Selesai solat, Nabi bertanya; “Kenapa kamu semua menanggalkan
kasut?”. Kami menjawab; “Kami melihat kamu melakukannya, maka kami pun turut
melakukannya”. Nabi berkata; “Di tengah solat tadi, Jibril datang kepadaku dan
memberitahu bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku
menanggalkannya. Jika seseorang kamu datang ke masjid, hendaklah ia
menterbalikkan dua kasutnya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis,
hendaklah ia menggosoknya ke tanah, kemudian bolehlah ia menunaikan solat
dengan memakai kasutnya itu” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Berkata Imam
al-Khattabi; hadis ini menjadi dalil bahawa sesiapa menunaikan solat sedang di
pakaiannya terdapat najis yang tidak diketahuinya, maka solatnya adalah sah dan
tidak perlu ia mengulanginya”. Selain Imam al-Khattabi, ulamak yang
berpandangan serupa ialah Imam Ibnu Taimiyyah. Di dalam al-Fatawa al-Kubra,
Imam Ibnu Taimiyyah menegaskan; “Sesiapa menunaikan solat dengan ada najis
(pada pakaiannya) kerana lupa atau tidak tahu, tidak perlu ia ulangi solatnya”.
No comments:
Post a Comment