PENGERTIAN
QADA’ DAN QADAR
Beriman
kepada qada’ dan qadar merupakan Rukun Iman yang keenam.
Qada’
ialah ketentuan sesuatu perkara sama ada yang telah berlaku atau akan berlaku
yang ditetapkan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Qadar
ialah pelaksanaan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk yang telah
ditentukan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian
iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat
dihalang oleh sesuatu apa pun.
Contoh : Mati pasti akan berlaku.
Firman Allah Taala bermaksud :
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq : Ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung
kepada sesuatu perkara.
Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim
dan amal kebajikan yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada
yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan
bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak
bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari
pada-Ku" (HR Thabrani)
FAEDAH
BERIMAH DENGAN QADA’ DAN QADAR ALLAH
- · Redha Dengan Ketentuan Allah
- · Iman Menjadi Teguh
- · Sabar Atas Setiap Dugaan
- · Mendapat Pahala
AKIBAT
TIDAK BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR
- · Mudah Berputus Asa
- · Imah Menjadi Lemah
- · Malas Berusaha
- · Mendapat Dosa
Sememangnya sukar untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia
yang fana ini. Namun, ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah untuk
melihat sejauh mana keteguhan iman. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Sersikap
redha dalam setiap ujian Allah dapat mengajar diri kita supaya
menjadi seorang yang bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling
menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu
kepada syaitan untuk menghasut kita agar menyalahkan takdir, melakukan sesuatu
di luar kawalan seperti membunuh diri dan sebagainya. Seharusnya kita
wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di
sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja
mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan
sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam
keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
Assalamu'alaikum, terima kasih atas info yg diberikan.
ReplyDeleteBodo
ReplyDeleteX baik tau betullah apa yg dia sampaikan TU
DeleteYe betul tu👍👍🏻👍👍🏻
DeleteTak baik cam tu..ini nota yg bagus au☺️💖✅
DeleteTerbaik !😆
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih perkongsian ilmu yang bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih atas info yg diberikan
ReplyDeleteNani koro
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteMakacih ❤️����
ReplyDeleteMcm mn nk eja dlm bahasa jawi qada' mubram dan muallaq
ReplyDeleteAwk boleh cari dlm EJAWI☺️✅
DeleteTerboekkk
ReplyDeleteBagus
ReplyDeleteTq..for the information☺️💖✅🌹
ReplyDelete