Monday, 23 April 2012

Adab-adab Menuntut Ilmu



semoga beroleh keberkatan dan kejayaan dalam memperluas segala ilmu..

Bacaan Ketika Duduk Antara Dua Sujud

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada    hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Friday, 20 April 2012

ADAB MENGURUS DIRI


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5
AKHLAK : ADAB MENGURUS DIRI

Mengurus diri bermaksud seseorang itu mengambil berat terhadap dirinya sendiri meliputi aspek kebersihan, kesihatan, pengurusan masa dan tatarias.
Mengurus diri terbahagi kepada 4 bahagian :

ASPEK KEBERSIHAN
-          Bersuci daripada hadas dan kekotoran
-          Contoh : Mandi dan berwudu’
-          Kebaikan : Kesihatan terjamin, mendapat pahala, disukai rakan

ASPEK KESIHATAN
-          Memakan makanan yang halal, seimbang dan berzat serta melakukan riadah
-          Contoh : Membasuh tangan, membaca doa, tidak membazir, tidak makan sambil berdiri, bermain atau berjalan
-          Kebaikan : Dijauhi penyakit, badan cergas, minda cerdas

ASPEK PENGURUSAN MASA
-          Menggunakan masa untuk perkara berfaedah
-          Contoh : Tidak membuang masa, menepati masa dan tidak menangguhkan kerja
-          Kebaikan : Berjaya, menepati masa

-          ASPEK TATA RIAS
      Berhias supaya kemas dan cantik
-          Contoh : Menggunting rambut, memotong kuku, menggosok gigi dan berpakaian kemas
-          Kebaikan : Berkeyakinan, ceria, cantik, diredhai Allah


Thursday, 19 April 2012

SK (P) Pudu Dua ~ madrasati (sekolahku)

~susur gajah~

~moto sekolah~

~laman ibn Sina~

~padang sekolah~

~pejabat~

~bilik agama~

~bilik darjah~

indahnya..

mari bersolat


restumu ibu..


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 AKIDAH – QADA’DAN QADAR ALLAH



PENGERTIAN QADA’ DAN QADAR
Beriman kepada qada’ dan qadar merupakan Rukun Iman yang keenam.
Qada’ ialah ketentuan sesuatu perkara sama ada yang telah berlaku atau akan berlaku yang ditetapkan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Qadar ialah pelaksanaan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk yang telah ditentukan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun.
Contoh : Mati pasti akan berlaku.
Firman Allah Taala bermaksud :
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq : Ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.
Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 

FAEDAH BERIMAH DENGAN QADA’ DAN QADAR ALLAH
  • ·         Redha Dengan Ketentuan Allah
  • ·         Iman Menjadi Teguh
  • ·         Sabar Atas Setiap Dugaan
  • ·         Mendapat Pahala


AKIBAT TIDAK BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR
  • ·         Mudah Berputus Asa
  • ·         Imah Menjadi Lemah
  • ·         Malas Berusaha
  • ·         Mendapat Dosa


Sememangnya sukar untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun, ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah untuk melihat sejauh mana keteguhan iman. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Sersikap redha dalam setiap ujian Allah dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita agar menyalahkan takdir, melakukan sesuatu di luar kawalan seperti membunuh diri dan sebagainya. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 IBADAT – BERSUCI DARIPADA NAJIS

PENGERTIAN BERSUCI DAN NAJIS

BERSUCI :
Membersihkan tubuh badan, pakaian, dan persekitaran daripada najis dan hadas.

NAJIS:
Benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.

JENIS-JENIS NAJIS

NAJIS HUKMI
ERTI : Najis yang tidak dapat dilihat zatnya.
CONTOH : Air kencing yang sudah kering.
NAJIS AINI
ERTI : Najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering.
CONTOH : Tahi dan darah.

BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS

NAJIS MUKHAFFAFAH
- Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya.

NAJIS MUTAWASSITAH
- Najis sederhana seperti tahi, darah, arak.

NAJIS MUGHALLAZAH
- Najis berat iaitu anjing, babi dan keturunannya serta benda-benda yang terbit daripada kedua-duanya.

ALAT-ALAT BERSUCI
1 - AIR MUTLAK
    CONTOH : Air hujan, air paip, air perigi, air mata air, air sungai, salji dan air embun.
2 - TANAH
3 - BENDA-BENDA KESAT
     CONTOH : Batu, kertas dan daun.

CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS

NAJIS MUKHAFFAFAH
  • Lapkan najis dengan kain kering
  • Renjiskan air mutlak ke atasnya
  • Lap hingga kering


NAJIS MUTAWASSITAH
  • Buang najis itu
  • Cuci tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya


NAJIS MUGHALLAZAH
  •  Buang najis itu
  • Cuci tempat yang terkena najis dengan air tanah
  •  Cuci dengan air mutlak sebanyak 6 kali hingga hilang warna, bau dan rasa
      FAEDAH BERSUCI
ü  Dikasihi oleh Allah
ü  Ibadah yang dilakukan diterima/sah
ü  Mendapat pahala
ü  Disukai rakan
ü  Badah menjadi bersih dan berbau harum
    AKIBAT TIDAK BERSUCI
Ø  Dimurkai oleh Allah
Ø  Ibadah yang dilakukan ditolak/tidak sah
Ø  Mendapat dosa
Ø  Dibenci rakan
Ø  Badan kotor dan mudah mendapat penyakit

Jika seseorang itu selepas mengerjakan solat, dia ternampak najis pada pakaiannya; adakah wajib ia mengulangi solatnya?


Para ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini;
1.     Ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie- menegaskan;
Batal solatnya dan wajib diulangi kerana ia menunaikan solat dalam keadaan tidak memenuhi syarat sah solat iaitu bersuci. walaupun sangkaannya semasa sedang solat bahawa dia bersih daripada najis, maka sangkaan itu tidak dikira kerana telah terbukti salah. Kaedah Fiqh menyebutkan; “Tidak diambil kira sangkaan yag telah ternyata salahnya”.

2.    Menurut mazhab Imam Abu Hanifah;
Tidak batal solatnya jika najis itu sedikit. Jika najis itu banyak, batallah solat dan wajib diulangi semula.

3.    Ada ulamak berpandangan;
Tidak batal solatnya sama ada najis itu sedikit atau banyak. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Suatu hari kami mengerjakan solat bersama Nabi S.A.W. Di tengah solat, Nabi menanggalkan dua kasutnya dan meletaknya di sebelah kirinya. Melihat berbuatan Nabi itu, kami pun turut melakukannya. Selesai solat, Nabi bertanya; “Kenapa kamu semua menanggalkan kasut?”. Kami menjawab; “Kami melihat kamu melakukannya, maka kami pun turut melakukannya”. Nabi berkata; “Di tengah solat tadi, Jibril datang kepadaku dan memberitahu bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku menanggalkannya. Jika seseorang kamu datang ke masjid, hendaklah ia menterbalikkan dua kasutnya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis, hendaklah ia menggosoknya ke tanah, kemudian bolehlah ia menunaikan solat dengan memakai kasutnya itu” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Berkata Imam al-Khattabi; hadis ini menjadi dalil bahawa sesiapa menunaikan solat sedang di pakaiannya terdapat najis yang tidak diketahuinya, maka solatnya adalah sah dan tidak perlu ia mengulanginya”. Selain Imam al-Khattabi, ulamak yang berpandangan serupa ialah Imam Ibnu Taimiyyah. Di dalam al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibnu Taimiyyah menegaskan; “Sesiapa menunaikan solat dengan ada najis (pada pakaiannya) kerana lupa atau tidak tahu, tidak perlu ia ulangi solatnya”.




Wednesday, 18 April 2012


AKHLAK

ADAB BERJALAN
Setiap hari kita menggunakan kaki sama ada untuk berjalan, melangkah, berlari, melompat dan sebagainya. Namun, kaki paling banyak digunakan untuk berjalan. Maka, marilah kita sama-sama menghayati adab-adab berjalan.
1)    Bertujuan Baik
2)    Membaca Doa
3)    Memakai Pakaian Yang Menutup Aurat Dan Bersopan
4)    Memulakan Langkah Dengan Kaki Kanan
5)    Memelihara Pandangan
6)    Tenang Dan Tawadu’
7)    Memberi Atau Menjawab Salam
8)    Membuang Benda-Benda Yang Merbahaya Di Jalanan
Para sahabat menerangkan, apabila Rasulullah berjalan, baginda berjalan dengan langkah yang sedikit laju. Cara berjalan seperti ini memberi gambaran bahawa baginda orang yang bertenaga, bersemangat, bermotivasi dan berani. Malah cara berjalan seperti ini juga secara tidak langsung merupakan senaman yang baik untuk semua organ dan anggota badan. Oleh itu berjalanlah dengan sikap dan gaya yang serba merendah diri.
Apabila berjalan, jauhilah sikap sombong seperti merasakan diri sendiri hebat, bangga dengan fesyen pakaian dan aksesori yang berjenama lagi terkini, bangga dengan
kecantikan diri dan sebagainya. Sikap seperti ini hukumnya dilarang oleh Islam. Alllah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggkan diri"
                                                                                                                                                                   al-Luqman: 18


KEBAIKAN BERADAB KETIKA BERJALAN

  • Diberi Pahala
  • Dilindungi oleh Allah (dijaukan daripada kemalangan)
  • Hidup berdisplin
  • Dipuji dan dicontohi oleh orang lain
  • Disukai dan dihormati oleh masyarakat
  • Selamat perjalanan (tidak sesat)
AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERJALAN

  • Berdosa
  • Hidup tidak berdisplin
  • Dihina oleh orang lain
  • Dimurkai Allah
  • Perjalanan terdedah kepada bahaya
Doa Sebelum Memulakan Perjalanan






Monday, 16 April 2012

~ADAB MENUNTUT ILMU

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu
01.Niat yang ikhlas


Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.
02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.
03.Bersabar dalam menuntut ilmu


Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
04. Tulis setiap yang dipelajari


Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
05.Rendah diri


Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan


Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
07.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]
PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]
Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.
rujukan utama :