

Thursday, 10 May 2012
Tuesday, 1 May 2012
Monday, 23 April 2012
10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Friday, 20 April 2012
ADAB MENGURUS DIRI
PENDIDIKAN
ISLAM TAHUN 5
AKHLAK :
ADAB MENGURUS DIRI
Mengurus diri bermaksud seseorang itu mengambil
berat terhadap dirinya sendiri meliputi aspek kebersihan, kesihatan, pengurusan
masa dan tatarias.
Mengurus diri terbahagi kepada 4 bahagian :
ASPEK KEBERSIHAN
-
Bersuci
daripada hadas dan kekotoran
-
Contoh
: Mandi dan berwudu’
-
Kebaikan
: Kesihatan terjamin, mendapat pahala, disukai rakan
ASPEK
KESIHATAN
-
Memakan
makanan yang halal, seimbang dan berzat serta melakukan riadah
-
Contoh
: Membasuh tangan, membaca doa, tidak membazir, tidak makan sambil berdiri,
bermain atau berjalan
-
Kebaikan
: Dijauhi penyakit, badan cergas, minda cerdas
ASPEK PENGURUSAN MASA
-
Menggunakan
masa untuk perkara berfaedah
-
Contoh
: Tidak membuang masa, menepati masa dan tidak menangguhkan kerja
-
Kebaikan
: Berjaya, menepati masa
- ASPEK TATA RIAS
Berhias supaya kemas dan cantik
Berhias supaya kemas dan cantik
-
Contoh
: Menggunting rambut, memotong kuku, menggosok gigi dan berpakaian kemas
-
Kebaikan
: Berkeyakinan, ceria, cantik, diredhai Allah




Thursday, 19 April 2012
SK (P) Pudu Dua ~ madrasati (sekolahku)
~susur gajah~
~moto sekolah~
~laman ibn Sina~
~padang sekolah~
~pejabat~
~bilik agama~
~bilik darjah~
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 AKIDAH – QADA’DAN QADAR ALLAH
PENGERTIAN
QADA’ DAN QADAR
Beriman
kepada qada’ dan qadar merupakan Rukun Iman yang keenam.
Qada’
ialah ketentuan sesuatu perkara sama ada yang telah berlaku atau akan berlaku
yang ditetapkan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Qadar
ialah pelaksanaan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk yang telah
ditentukan oleh Allah ke atas seseorang sejak azali lagi.
Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian
iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat
dihalang oleh sesuatu apa pun.
Contoh : Mati pasti akan berlaku.
Firman Allah Taala bermaksud :
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq : Ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung
kepada sesuatu perkara.
Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim
dan amal kebajikan yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada
yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan
bahawa Allah berfirman:
"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak
bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari
pada-Ku" (HR Thabrani)
FAEDAH
BERIMAH DENGAN QADA’ DAN QADAR ALLAH
- · Redha Dengan Ketentuan Allah
- · Iman Menjadi Teguh
- · Sabar Atas Setiap Dugaan
- · Mendapat Pahala
AKIBAT
TIDAK BERIMAN DENGAN QADA’ DAN QADAR
- · Mudah Berputus Asa
- · Imah Menjadi Lemah
- · Malas Berusaha
- · Mendapat Dosa
Sememangnya sukar untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia
yang fana ini. Namun, ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah untuk
melihat sejauh mana keteguhan iman. Dunia adalah jambatan ke akhirat. Sersikap
redha dalam setiap ujian Allah dapat mengajar diri kita supaya
menjadi seorang yang bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling
menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu
kepada syaitan untuk menghasut kita agar menyalahkan takdir, melakukan sesuatu
di luar kawalan seperti membunuh diri dan sebagainya. Seharusnya kita
wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di
sebaliknya.
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja
mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan
sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (dalam
keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 IBADAT – BERSUCI DARIPADA NAJIS
PENGERTIAN
BERSUCI DAN NAJIS
BERSUCI
:
Membersihkan
tubuh badan, pakaian, dan persekitaran daripada najis dan hadas.
NAJIS:
Benda-benda
kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.
JENIS-JENIS
NAJIS
NAJIS
HUKMI
ERTI :
Najis yang tidak dapat dilihat zatnya.
CONTOH
: Air kencing yang sudah kering.
NAJIS
AINI
ERTI :
Najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering.
CONTOH
: Tahi dan darah.
BAHAGIAN-BAHAGIAN
NAJIS
NAJIS
MUKHAFFAFAH
- Najis
ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun
yang hanya menyusu susu ibunya.
NAJIS
MUTAWASSITAH
- Najis
sederhana seperti tahi, darah, arak.
NAJIS
MUGHALLAZAH
- Najis
berat iaitu anjing, babi dan keturunannya serta benda-benda yang terbit
daripada kedua-duanya.
ALAT-ALAT
BERSUCI
1 - AIR
MUTLAK
CONTOH : Air hujan, air paip, air perigi,
air mata air, air sungai, salji dan air embun.
2 - TANAH
3 - BENDA-BENDA
KESAT
CONTOH : Batu, kertas dan daun.
CARA-CARA
MENYUCIKAN NAJIS
NAJIS
MUKHAFFAFAH
- Lapkan najis dengan kain kering
- Renjiskan air mutlak ke atasnya
- Lap hingga kering
NAJIS
MUTAWASSITAH
- Buang najis itu
- Cuci tempat yang terkena najis hingga hilang warna, bau dan rasanya
NAJIS
MUGHALLAZAH
- Buang najis itu
- Cuci tempat yang terkena najis dengan air tanah
- Cuci dengan air mutlak sebanyak 6 kali hingga hilang warna, bau dan rasa
FAEDAH
BERSUCI
ü
Dikasihi oleh Allah
ü
Ibadah yang dilakukan diterima/sah
ü
Mendapat pahala
ü
Disukai rakan
ü
Badah menjadi bersih dan berbau harum
AKIBAT TIDAK BERSUCI
Ø Dimurkai oleh
Allah
Ø Ibadah yang
dilakukan ditolak/tidak sah
Ø Mendapat
dosa
Ø Dibenci
rakan
Ø Badan kotor
dan mudah mendapat penyakit
Jika
seseorang itu selepas mengerjakan solat, dia ternampak najis pada pakaiannya;
adakah wajib ia mengulangi solatnya?
Para
ulamak berbeza pandangan dalam masalah ini;
1.
Ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie- menegaskan;
Batal solatnya dan wajib
diulangi kerana ia menunaikan solat dalam keadaan tidak memenuhi syarat sah
solat iaitu bersuci. walaupun sangkaannya semasa sedang solat bahawa dia bersih
daripada najis, maka sangkaan itu tidak dikira kerana telah terbukti salah.
Kaedah Fiqh menyebutkan; “Tidak diambil kira sangkaan yag telah ternyata
salahnya”.
2.
Menurut mazhab Imam Abu Hanifah;
Tidak batal solatnya jika najis
itu sedikit. Jika najis itu banyak, batallah solat dan wajib diulangi semula.
3.
Ada ulamak berpandangan;
Tidak batal solatnya sama ada
najis itu sedikit atau banyak. Mereka berdalilkan hadis dari Abu Sa’id
al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan; “Suatu hari kami mengerjakan
solat bersama Nabi S.A.W. Di tengah solat, Nabi menanggalkan dua kasutnya dan
meletaknya di sebelah kirinya. Melihat berbuatan Nabi itu, kami pun turut
melakukannya. Selesai solat, Nabi bertanya; “Kenapa kamu semua menanggalkan
kasut?”. Kami menjawab; “Kami melihat kamu melakukannya, maka kami pun turut
melakukannya”. Nabi berkata; “Di tengah solat tadi, Jibril datang kepadaku dan
memberitahu bahawa di kasutku terdapat najis/kekotoran, maka kerana itulah aku
menanggalkannya. Jika seseorang kamu datang ke masjid, hendaklah ia
menterbalikkan dua kasutnya dan memerhatikannya; jika ia nampak ada najis,
hendaklah ia menggosoknya ke tanah, kemudian bolehlah ia menunaikan solat
dengan memakai kasutnya itu” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud). Berkata Imam
al-Khattabi; hadis ini menjadi dalil bahawa sesiapa menunaikan solat sedang di
pakaiannya terdapat najis yang tidak diketahuinya, maka solatnya adalah sah dan
tidak perlu ia mengulanginya”. Selain Imam al-Khattabi, ulamak yang
berpandangan serupa ialah Imam Ibnu Taimiyyah. Di dalam al-Fatawa al-Kubra,
Imam Ibnu Taimiyyah menegaskan; “Sesiapa menunaikan solat dengan ada najis
(pada pakaiannya) kerana lupa atau tidak tahu, tidak perlu ia ulangi solatnya”.
Wednesday, 18 April 2012
ADAB BERJALAN
Setiap hari kita menggunakan kaki sama ada untuk berjalan,
melangkah, berlari, melompat dan sebagainya. Namun, kaki paling banyak
digunakan untuk berjalan. Maka, marilah kita sama-sama menghayati adab-adab
berjalan.
1) Bertujuan Baik
2) Membaca Doa
3) Memakai Pakaian Yang Menutup Aurat Dan Bersopan
4) Memulakan Langkah Dengan Kaki Kanan
5) Memelihara Pandangan
6) Tenang Dan Tawadu’
7) Memberi Atau Menjawab Salam
8) Membuang Benda-Benda Yang Merbahaya Di Jalanan
Para sahabat menerangkan, apabila Rasulullah berjalan, baginda
berjalan dengan langkah yang sedikit laju. Cara berjalan seperti ini memberi
gambaran bahawa baginda orang yang bertenaga, bersemangat, bermotivasi dan
berani. Malah cara berjalan seperti ini juga secara tidak langsung merupakan
senaman yang baik untuk semua organ dan anggota badan. Oleh itu berjalanlah
dengan sikap dan gaya yang serba merendah diri.
Apabila berjalan, jauhilah sikap sombong seperti merasakan diri
sendiri hebat, bangga dengan fesyen pakaian dan aksesori yang berjenama lagi terkini,
bangga dengan
kecantikan diri dan sebagainya. Sikap seperti ini hukumnya
dilarang oleh Islam. Alllah SWT berfirman:
"Dan
janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah
kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang sombong lagi membanggkan diri"al-Luqman: 18
KEBAIKAN BERADAB KETIKA BERJALAN
- Diberi Pahala
- Dilindungi oleh Allah (dijaukan daripada kemalangan)
- Hidup berdisplin
- Dipuji dan dicontohi oleh orang lain
- Disukai dan dihormati oleh masyarakat
- Selamat perjalanan (tidak sesat)
- Berdosa
- Hidup tidak berdisplin
- Dihina oleh orang lain
- Dimurkai Allah
- Perjalanan terdedah kepada bahaya
Monday, 16 April 2012
~ADAB MENUNTUT ILMU
Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui
dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini
diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab
beliau:
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Adab Menuntut Ilmu
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Imam Syafie pernah bekata:
Imam Syafie pernah berkata:
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
Ibn Jama'ah berkata:
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
rujukan utama :
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang
beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar
sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya
orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang
dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan
Allah)." [At Taubah 9 : 122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya
Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan
memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh
setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT
dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya
akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama"
[HR Bukhari dan Muslim]
01.Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada
Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain
daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka."
[HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan.
Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka
niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT
tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,
maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul
dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan
tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk,
Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan
perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai
penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah
kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru
itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru
itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan
guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak
tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan
pensyarah.
03.Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
04. Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata:
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah
SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin
al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR
Ahmad dan Baihaqi]
05.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri)
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat
Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang
penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan
sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab
Talabihi, m/s 222]
07.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di
dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang
diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di
dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur
di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah
SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR
Bukhari dan Muslim]
PENUTUP:Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang
hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang
banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan
sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing.
Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR
Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]
Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran
betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang
terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari
segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang
saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al
Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.rujukan utama :
Subscribe to:
Posts (Atom)